.

Selamat datang ke blog saya. Tujuan blog ini ialah untuk memberi segala maklumat tentang e-gold dan penggunaan e-gold.

Friday, July 18, 2008

LANGKAH -LANGKAH MENJAGA AKAUN E-GOLD

1) Sentiasa melayari internet dengan web browser yang baik. Mozila Firefox merupakan antara web browser yang lebih selamat,cepat dan boleh menyekat virus, spyware atau worms dari masuk ke komputer. Anda boleh mendapatkan Mozila Firefox Browser dengan percuma di : http://www.mozilla.com/en-US/firefox/.

2) Sentiasa menggunakan SRK butang semasa masukkan Passphrase untuk login masuk ke akaun anda. Penggunaan SRK lebih selamat berbanding taip Passphrase menggunakan keyboard.

3) Jangan memberi sebarang maklumat akaun anda kepada orang lain. Mungkin anda pernah menerima email yang menggatakan ianya datang dari pihak e-gold.
Contohnya :
1) Very urgent you need to update your e-gold account.
2) Please check your account balance .
3) your e-gold account has been blocked.

Pihak e-gold tidak pernah / tidak akan menghantar email yang mempunyai hyperlink atau mengatakan anda perlu memberikan maklumat akaun e-gold untuk apa-apa tujuan sekalipun. Jika anda kurang pasti, anda sendiri masuk ke laman web e-gold dan melihat sebarang perubahan pada akaun anda. Anda juga boleh melihat blog e-gold ( http://blog.e-gold.com/ ) di laman web e-gold untuk maklumat-maklumat baru. Juga boleh menghubungi pihak e-gold dari laman web e-gold untuk sebarang pertanyaan.

4) Sentiasa menjalankan urusan jual/beli e-gold dari pihak yang boleh dipercayai. Jangan berurusan dengan pihak yang tidak dikenali identitinya.

5) Pastikan komputer anda mempunyai perisian anti-virus yang baik dan Firewall komputer anda dalam keadaan ON.

6) Jangan mendedahkan nombor passphrase(password ) kepada orang lain. Nombor Passphrase anda adalah sulit dan hanya anda seorang sahaja perlu tahu. Buatkan Passphrase dengan campuran beberapa eliment seperti nombor ( 1,2,3,....) , huruf(A,a,B,b...) dan simbol ( &,*,$,#...)

No comments:

.

SOSIAL NETWORK