.

Selamat datang ke blog saya. Tujuan blog ini ialah untuk memberi segala maklumat tentang e-gold dan penggunaan e-gold.

Friday, July 18, 2008

SOALAN YANG SERING DITANYA

1) APA ITU E-GOLD ?
- E-gold adalah mata wang elekronik yang dikeluarkan oleh e-gold Ltd. Di sini nilai emas dijadikan sebagai panduan untuk urusan perniagaan atau jual/jual beli di internet.

2) ADAKAH BUKA AKAUN E-GOLD INI DIKENAKAN APA-APA BAYARAN?
-Buka akaun e-gold yang baru adalah percuma. Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk membuka akaun e-gold yang baru.

3) KENAPA PERLU ADA AKAUN E-GOLD ?
-Anda perlu ada akaun e-gold jika terdapat urusan-urusan internet yang menerima e-gold sebagai matawaang dalam urusan mereka ( contohnya : forex , web hosting , beli barang , dan lain-lain ).


4) AKAUN BARU SAYA KOSONG. BAGAIMANA DAN DIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN E-GOLD?
-Anda mungkin boleh beli e-gold dari rakan yang mempunyai akaun e-gold. Ini adalah melalui pindah e-gold dari satu akaun ke akaun yang lain. jika tidak, anda boleh membeli dari pihak ketiga ( e-gold exchanger ). Terdapat banyak tempat dimana anda boleh jual/beli e-gold. Lihat senarai popular di http://goldsaya.blogspot.com/2008/07/jual-beli-e-gold.html .

5) BAGAIMANA SAYA BOLEH MUNJUAL E-GOLD SAYA?
Sama seperti urusan beli. Anda boleh jual kepada kawan anda ataupun kepada pihak ketiga ( e-gold exchanger ).


6) APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN E-GOLD ?
- Penggunaan e-gold adalah sangat mudah.
- Tidak perlu mempunyai card credit untuk jual beli di internet.
- Tidak perlu mempunyai akaun bank ataupun pengesahan document penggenalan diri untuk membuka akaun e-gold yang baru.
- Mudah sahaja untuk menjual e-gold anda untuk mendapatkan wang.


7) ADAKAH PENGGUNAAN E-GOLD INI SELAMAT?
- Pihak e-gold amat serius dalam menjaga akaun pengguna. Walau bagaimanapun anda perlu sentiasa berhati-hati semasa membuat apa-apa urusan dengan e-gold. Sentiasa berurusan dengan pihak yang boleh dipercayai.

.

JUAL BELI E-GOLD




Berikut adalah senarai popular tempat untuk urusan jual beli e-gold.


JUAL / BELI E-GOLD DI MALAYSIA

  1. http://www.epay2gold.com
  2. http://www.jtgold.com
  3. http://www.wannagold.com
  4. http://www.mynetgold.com
  5. http://www.r2gold.com
  6. http://www.asianagold.com

JUAL / BELI E-GOLD DI INDONESIA

  1. http://www.indochanger.com
  2. http://www.prochanger.com
  3. http://www.fastchanger.com
  4. http://clicke-gold.com
  5. http://www.changerone.com


JUAL / BELI E-GOLD DI SINGAPORE

  1. http://www.snapgold.com
  2. http://www.thegoldshop.biz
  3. http://www.bank2gold.com
  4. http://www.asianagold.com


JUAL / BELI E-GOLD ANTARABANGSA / TEMPAT-TEMPAT LAIN

  1. http://www.me-gold.com
  2. https://www.elcambista.com
  3. http://superchange.ru/
  4. http://www.paysgold.com
  5. http://www.londongoldexchange.com
  6. http://www.anygoldnow.com
  7. http://www.goldex.net


LANGKAH -LANGKAH MENJAGA AKAUN E-GOLD

1) Sentiasa melayari internet dengan web browser yang baik. Mozila Firefox merupakan antara web browser yang lebih selamat,cepat dan boleh menyekat virus, spyware atau worms dari masuk ke komputer. Anda boleh mendapatkan Mozila Firefox Browser dengan percuma di : http://www.mozilla.com/en-US/firefox/.

2) Sentiasa menggunakan SRK butang semasa masukkan Passphrase untuk login masuk ke akaun anda. Penggunaan SRK lebih selamat berbanding taip Passphrase menggunakan keyboard.

3) Jangan memberi sebarang maklumat akaun anda kepada orang lain. Mungkin anda pernah menerima email yang menggatakan ianya datang dari pihak e-gold.
Contohnya :
1) Very urgent you need to update your e-gold account.
2) Please check your account balance .
3) your e-gold account has been blocked.

Pihak e-gold tidak pernah / tidak akan menghantar email yang mempunyai hyperlink atau mengatakan anda perlu memberikan maklumat akaun e-gold untuk apa-apa tujuan sekalipun. Jika anda kurang pasti, anda sendiri masuk ke laman web e-gold dan melihat sebarang perubahan pada akaun anda. Anda juga boleh melihat blog e-gold ( http://blog.e-gold.com/ ) di laman web e-gold untuk maklumat-maklumat baru. Juga boleh menghubungi pihak e-gold dari laman web e-gold untuk sebarang pertanyaan.

4) Sentiasa menjalankan urusan jual/beli e-gold dari pihak yang boleh dipercayai. Jangan berurusan dengan pihak yang tidak dikenali identitinya.

5) Pastikan komputer anda mempunyai perisian anti-virus yang baik dan Firewall komputer anda dalam keadaan ON.

6) Jangan mendedahkan nombor passphrase(password ) kepada orang lain. Nombor Passphrase anda adalah sulit dan hanya anda seorang sahaja perlu tahu. Buatkan Passphrase dengan campuran beberapa eliment seperti nombor ( 1,2,3,....) , huruf(A,a,B,b...) dan simbol ( &,*,$,#...)

BAGAIMANA LOGIN MASUK KE AKAUN E-GOLD

Anda mempunyai akaun e-gold yang baru. Bagaimana pula untuk mengakses akaun e-gold. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengakses akaun e-gold anda dengan selamat.

LANGKAH 1

Clik pada Access Your Account di laman web www.e-gold.com


LANGKAH 2

1) Sentiasa clik untuk hilangkan tanda right dalam petak. Ini kerana komputer anda akan ingat Account Number jika tanda right dalam petak tidak dihilangkan.
2) Masukkan Akaun Nombor e-gold anda di ruang Account Number.
3) Clik pada butang SRK untuk masukkan passphrase(password) yang anda buat di ruang Passphrase.
4) Masukkan nombor yang bergerak dalam kotak hitam di Turing Number.
50 Click pada Login akhir sekali.

LANGKAH 3

Rajah : 1

Anda akan melihat paparan seperti dalam (Rajah:1) selepas tekan login . Apa yang perlu anda buat disini ialah pergi ke akaun email ( yang digunakan semasa pendaftaran akaun e-gold ) dan dapatkan mesej yang mempunyai nombor PIN. Pin nombor ini akan dihantar setiap kali anda mengekses akaun e-gold anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan nombor PIN yang anda dapat dalam email itu di kotak PIN. Kemudian tekan pada butang submit.



Contoh nombor Pin yang dihantar ke email. Nombor Pin ialah : 915-940

Contoh pin nombor yang telah dimasukkan kedalam kotak PIN : 915-940


Contoh paparan skrin yang dapat anda lihat selepas tekan butang submit. Ini menunjukkan bahawa anda telah berjaya masuk ke akaun e-gold anda.

Perhatian:
Pastikan ada tekan pada butang logout untuk keluar dari akaun anda selepas seselai urusan anda.

CARA-CARA MEMBUKA AKAUN E-GOLD YANG BARU

LANGKAH 1
Masuk le laman web e-gold www.e-gold.com
LANGKAH 2

Click pada Create An Account untuk mulakan pendaftaran akaun e-gold yang baru. Selepas click anda akan dibawa ke bahagian Account Creation.

LANGKAH 3


Baca dahulu e-gold Account User Agreement dan clik pada I AGREE untuk pergi ke New e-gold Account Creation Form. Jika click I DECLINE, anda akan tamat / batalkan pendaftaran akaun e-gold yang baru.

LANGKAH 4

Account Name - nama yang akan terpapar di dalam akaun e-gold orang lain bila anda membuat urusan jual beli e-gold. Nama ini juga akan terpapar di dalam akaun e-gold anda sendiri bila login masuk ke akun anda. Sila pilih satu nama yang ideal untuk akaun anda ( contoh : Sinar Jaya, Akaun Amier , Gold Sky , ABC Widgets Inc). Jangan meletakan nama penuh anda disini.
Description - tidak diwajibkan untuk di isi. Tinggalkan kosong sahaja.
Additional Description - tidak diwajibkan untuk di isi. Tinggalakan kosong sahaja.

LANGKAH 5

User Name - Nama ini tidak akan tertera di akaun orang lain bila anda membuat urusan jual beli e-gold. Nama ini hanya menjadi rujukan pihak e-gold. Letakkan apa-apa nama sahaja disini.

LANGKAH 6

Point Of Contact
Ini adalah bahagian yang paling penting untuk di isi.
Name : Isikan nama sebenar anda disini.
Adress : Alamat anda
City : Nama bandar anda
State/Province : Nama negeri anda
Email : Alamat email anda
Fax : Tidak diwajibkan untuk di isi. Tinggalkan kosong sahaja.
Alternate Passphrase : Letakkan apa-apa password disini. Pastikan anda ingat.

Perhatian :
Alamat email yang anda bagi di sini akan digunakan oleh pihak e-gold untuk sebaang perhubungan pada masa akan datang. Juga Pin Nombor anda akan dihantar ke alamat email ini setiap kali Access masuk ke akaun e-gold anda. Pin Nombor ini adalah tambahan keselamatan untuk akaun e-gold anda.


LANGKAH 7 , 8 & 9

LANGKAH 7
Passphrase - passphrase adalah password untuk masuk ke akaun e-gold anda. Letakkan password yang kukuh untuk akaun anda.
New e-gold Account Passphrase - taip password anda disini.
New e-gold Account Passphrase again - taip semula password yang sama.

Perhatikan :
Saya menasihatkan anda , supaya jangan menggunakan password email anda yang sama untuk menghasilkan akaun e-gold anda. Gunakan password lain untuk akaun e-gold anda. Langkah ini adalah untuk meningkatkan keselamatan akaun e-gold anda.

LANGKAH 8
Tuning Number Entry - masukan nombor yang tertera di dalam petak kosong.

LANGKAH 9
Clik pada Open untuk menghantar ( New e-gold Account Creation Form ) ke pihak e-gold.






Rajah : 1
Anda akan mendapat paparan seperti di atas ( Rajah : 1 ) jika proses pengasilkan akaun e-gold yang baru berjaya. Disini anda boleh melihat alamt email yang anda gunakan semasa mendaftar akaun e-gold tadi. Apa yang perlu anda buat sekarang ini adalah pergi ke akaun email . Pastikan anda mendapat maklumat / pemberitahuan dari pihak e-gold yang mengatakan bahawa akaun e-gold anda yang baru telahpun dihasilkan. Anda dapat melihat Akaun Nombor E-gold anda dalam email itu. Nomboe itu adalah nombor e-gold anda.

TAHNIAH. ANDA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN AKAUN E-GOLD YANG BARU.

.

SOSIAL NETWORK